Wednesday, June 4, 2008

Adoi.. Harga Minyak Naik Lagi.. :(

Nampaknya keputusan yang mendadak dibuat untuk menaikkan harga minyak adalah tidak masuk dek akal fikiran yang waras..Bukankah ia satu keputusan yang PELIK, DRASTIK, TIDAK MASUK AKAL dan MENYUSAHKAN ?..

Sepatutnya perkara tersebut dimaklumkan awal-awal lagi supaya tidak menyusahkan rkyat..Lebih-lebih lagi jika mereka berkerja menggunakan kenderaan sendiri lebih-lebih lagi kalau menggunakan petrol..Walaupun saya tinggal agak Ulu di peta Malaya ini..petang semalam berderet-deret kenderaan semalam beratur untuk memenuhkan minyak mereka... Kesian pada mereka yang mempunyai budget rendah dan sebagainya sedangkan di Malaya ni.. pendapatan paling rendah boleh mencecah RM200 atau kurang.. bergantung..

Jadi siapakah yang perlu kita persalahkan di dalam hal ini..Adakah ini satu arahan dari satu kuasa VETO ?...Bagi saya ianya merupakan keputusan yang drastik, pelik, bodoh dan MENYUSAHKAN rakyat..Maka selepas ini akan terdapat lah kempen Kenaikan harga barang2 di sana sini.. pasaraya akan mempromosikan Naik Harga berbanding dahulu Jualan Murah dan sebagainya.. begitu juga kos-kos yang lain..

Seterusnya apakah kiter perlu buat untuk menangani masalah kenaikan ini.. ?...Cadangan:

a.Kurangkan perbelanjaan makan minum diluar sana - Bawa bekalanatau bertukar bekalan anda dengan rakan kerja jika bosan makan makanan yang sama..

b. Elakkan berjalan jauh tanpa sebab yang penting..

c. Amalkan hidup yang sihat dengan bersenam...

d.Cuba berbudi pada tanah bercucuk tanam dihalaman rumah anda

e.Kurangkan penggunaan barang-barang yang tidak bermanfaat pada badan, kesihatan dan alam sekitar..Gunakan alternatif yer... Kurangkan petrol.. kurangkan merokok,kurangkan penggunaan plastik, kurangkan penggunaan gula.. etc..

I throw my two cents for you all to think and give opinions..

regards,Sha..

No comments: